Green Day ialah sebuah
kumpulan rock dari Amerika Syarikat yang dianggotai oleh Billie Joe Armstrong
(penyanyi utama, gitar), Mike Dirnt (pemain bes)
dan Tré Cool (pemain dram) yang ditubuhkan pada tahun
1987. Tré Cool menganggotai kumpulan ini sebahagian besar daripada kerjayanya
sebagai pemain dram kumpulan Green Day selepas John Kiffmeyer
- pemain dram asal kumpulan ini - berhenti untuk melanjutkan pelajaran di kolej.
Green Day
memperjuangkan genre punk rock dan mula
bermain di 924 Gilman Street di Berkeley, California. Green Day menandatangani
kontrak pertamanya dengan sebuah syarikat rakaman indie
iaitu Lookout!Records.
Pada tahun 1994 Green Day muncul dengan album utama mereka
yang pertama iaitu Dookie dan
album itu menjual lebih 10 juta unit di Amerika dan menjual lebih 15 juta unit
secara keseluruhan. Dengan penjualan album itu Green Day telah menjadi antara
kumpulan punk rock yang berjaya setanding dengan
kumpulan-kumpulan punk rock yang lain
seperti The Offspring
dan Rancid. Green
Day muncul dengan tiga lagi album selepas itu - Insomniac, Nimrod dan Warning,
tetapi kesemua album itu tidak dapat jualan yang baik seperti album pertama
mereka Dookie. Pada
tahun 2004, Green Day muncul semula dengan album yang
berkonsepkan rock opera
American Idiot
dan dengan album ini Green Day kembali popular terutamanya dengan peminat yang
lebih muda. Di Amerika album American Idiot
menjual 5 juta unit. Pada bulan Mei tahun 2009,
Green Day akan muncul dengan album ke-lapan mereka iaitu 21st
Cetury Breakdown.
Secara
keseluruhan Green Day telah menjual lebih 65 juta unit termasuk 22 juta unit
yang terjual di Amerika. Green Day telah memenangi tiga Anugerah Grammy;Album
Alternatif Terbaik untuk album Dookie, Album Rock
Terbaik untuk album American Idiot
dan Rekod Of The
Year untuk lagu Boulevard
of Broken Dreams.
Sejarah Green Day
Penubuhan dan Era Lookout!:1987-1993
Pada tahun 1987,
Billie Joe Armstrong
dan Mike Dirnt, berumur 15 tahun pada masa itu,
menubuhkan sebuah kumpulan bernama Sweet Children. Persembahan pertama Sweet
Children berlaku pada 17 Oktober 1987 di Rod's Hickory
Pit di Vallejo,California dimana ibu Billie pernah bekerja. Pada
tahun 1988, Billie dan Mike mula bekerja dengan bekas
pemain dram Isocracy, John Kiffmeyer
atau lebih dekenali dengan nama Al Sobrante. John bukan sahaja bekerja sebagai
pemain dram kumpulan itu tetapi beliau jugalah yang menolong kumpulan itu
menempah tempat-tempat untuk kumpulan itu membuat persembahan sambil membentuk
peminat mereka sendiri.
Larry Livermore,
pemilik syarikat Lookout!Records
menyaksikan persembahan kumpulan itu dan menawarkan mereka kontrak rakaman.
Pada tahun 1989, mereka merakamkan EP
pertama mereka, 1,000 hours.
Sebelum 1,000 hours
dikeluarkan, kumpulan itu menggugurkan nama Sweet Children supaya tidak keliru
dengan satu lagi kumpulan di daerah yang sama iaitu, Sweet Baby.
Oleh itu mereka menukarkan nama kepada Green Day sempena kegemaran mereka
kepada marijuana.
Lookout kemudian
menerbitkan LP pertama Green
Day, 39/smooth
pada awal 1990. Green Day kemudian menghasilkan 2 lagi EP
pada tahun itu iaitu: Slappy dan Sweet Children,
dimana EP kedua mereka mangandungi lagu-lagu lama yang pernah dirakamkan dengan
syarikat indie Skene!Records. Pada tahun 1991,
Lookout!Records
menerbitkan 1039/Smoothed
Out Slappy Hours, sebuah kompilasi daripada EP
mereka iaitu:39/smooth, Slappy dan 1,000 hours.
Pada akhir tahun 1990, John Kiffmeyer
meninggalkan kumpulan Green Day untuk melanjutkan pelajaran di kolej. Oleh itu
pemain dram kumpulan The Lookout,
Tré Cool mengisi tempat John sebagai pemain dram
sementara tetapi apabila John kelihatan seperti tidak akan kembali dengan Green
Day, Tré Cool diambil sebagai pemain dram tetap
kumpulan Green Day. Sebahagian besar tahun 1992
dan 1993, Green Day melawat dan membuat persembahan
di banyak tempat di Eropah. Green Day menghasilkan album
kedua mereka, Kerplunk
yang dapat dijual 50 ribu unit di Amerika, satu penjualan yang dianggap besar
untuk sebuah kumpulan punk rock bebas pada
tahun 1992.
Kejayaan:1994-1996
Dengan
penjuallan besar album Kerplunk,
Green Day telah berjaya memikat banyak syarikat rakaman utama dan akhirnya
mereka meninggalkan Lookout!Records
dan menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman utama, Reprise Records.
Green Day kemudiannya mengeluarkan album utama pertama mereka, Dookie pada Februari 1994
dan Green Day hanya memerlukan 3 minggu sahaja untuk merakamkan album tersebut.
Album Dookie
membuatkan Green Day semakin berjaya dengan lagu-lagu dari album itu seperti
'Longview', 'Basket Case' dan 'When I Come Around' menduduki tempat pertama di
carta Modern Rock
Tracks. Pada tahun itu juga Green Day telah membuat banyak
persembahan dengan banyak artis seperti Pansy Division
dan di banyak tempat seperti di Boston Esplanade, Lollapalooza
festival dan Woodstock 1994.
Dengan persembahan mereka Green Day telah memikat ramai peminat sehingga album Dookie
mencapai status diamond dan pada tahun 1995,
Dookie
memenangi Anugerah Grammy
untuk Album
Alternatif Terbaik. Album Dookie juga
telah dicalonkan untuk 9 anugerah di MTV Video
Music Awards. Pada tahun 1995 juga Green Day telah
mengeluarkan single bertajuk 'J.A.R' dan single itu terus menduduki tempat
pertama di carta Billboard Modern Rock
Tracks.
Green Day
mengeluarkan album seterusnya, Insomniac
pada tahun 1995. Album Insomniac
berlainan dengan album Dookie yang
lebih pop dengan muzik dan konsep untuk album Insomniac
lebih kepada rock. Walaubagaimanapun album tersebut tetap berjaya dijual dengan
baik tetapi tidak sebaik dengan album Dookie dengan
penjualan 2 juta unit di Amerika. Album itu berjaya mendapatkan Green Day
pencalonan di American
Music Awards pada tahun 1996 dan video 'Walking
Contradiction' telah dicalonkan di Anugerah Grammy untuk Video Terbaik dan juga
dicalonkan di MTV Video
Music Awards untuk Kesan Video Terbaik. Pada tahun itu juga Green
Day telah membatalkan rancangan untuk membuat persembahan di seluruh Eropah
kerana kepenatan.
Sumber: Wikipedia



